Assalamualaikum
Seperti yang dijanjikan..kali ni saya membicarakan khas kepada anda berkenaan dobi dalam bahasa org mata biru "laundry". Ni kalau tanye mesti akan cakap dobi tu basuh baju la kan..kalau tanye apa yang korang kaitan dengan dobi mesti ingat baju,sabun, hanger, dll lagi la yang terlintas.,well semua tu betul tak ada yang salah pon..cumanya nk kobarnye dobi ni sebenarnya dalam bidang perniagaan service. Bukan baju je yg kita basuh carpet, patung beruang korang yang sebesar alam tu, langsir2 yang mahal2 tergantung tu dan lain2 lagi la yang mana korang ase ni tak mampu ni den nk basuh kat umah ni. Pernah tak korang fikir macam mane hotel2, hospital, restoran besar2 basuh kain2 towel, cadar, selimut, dan barangan yang sewaktunya???? Pastu stok diaorang sentiasa ada. Jawpnnya mudah bagi tender la kat kilang dobi.. saya ulang ye kilang dobi. Dobi pon ade kilang cheq.. industri dobi ni sebenarnya adalah industri yang unik. Kalau kat negara barat dobi tu satu industri yang maju. Dobi2 sekarang pon bukan macam zaman dulu kala dah. Sekarang semua dah berteknologi. Salah satunya aquanano. Korang dah tahu serba sikit kan apa itu dobi. Ingat dobi tu bukan pasal basuh baju je tapi dobi adalah klinik basuhan. Selamat berkenalan dengan dunia dobi P/s : entri kali ni tak da gambaq sebab kami asa nak tulis ja..esoq2 kami letaq gambaq banyak2 noh.
Saturday, 31 October 2015
Friday, 30 October 2015
pengalaman mengajar erti kepayahan
assalamualaikum....
ini adalah entri pertama saya. mungkin saya bukan siapa-siapa malahan mungkin tiada yang mengenali saya tetapi apa yang saya ingin bicarakan adalah mengenai pengalaman saya sepanjang saya berjinak-jinak dalam bidang perkhidmatan...khususnya perniagaan dobi.

jika berbincang tentang bidang perkhidmatan sememangnya ia sesuatu isu yang menarik. bahagian kaunter adalah bahagian yang paling penting dalam apa jua bidang perniagaan terutamanya bidang yang melibatkan perkhidmatan.
bagi saya tidak semua orang mampu untuk melayani pelbagai kerenah manusia. alhamdullilah saya termasuk dalam golongan yang mampu bersabar dalam menghadapi pelbagai ragam manusia (sebab dulu pernah kerja kat kedai makan).
dalam bidang ini saya telah bertemu dengan pelbagai jenis orang yang mana banyak mengajar saya cara untuk berdepan dengan pelanggan.
jika zaman belajar dahulu saya agak tergagap untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris dan kerana itu saya malu untuk bercakap selain dari bahasa melayu..hehehe.. well rendah diri sangat dan pemalu takut salah...
sekarang saya mampu bercakap dalam bahasa itu dek kerana berdepan dengan pelbagai bangsa yang mana telah memaksa saya untuk tampil berani berkomunikasi dalam bahasa itu ( walaupun kadang-kadang agak sukar untuk memyebut sesetangah perkataan.tapi hemtam sajalah asalakan paham). bagi saya ini adalah platfom bagi saya untuk memajukan diri saya dan mempraktikkan skill yang ada pada saya. tambahan pula, rakan kerja saya rata-ratanya adalah warga asing yang mana tidak mampu berbahasa inggeris jadinya hanya sayalah yang akan di"push" untuk berdepan dengan pelanggan yang bermata biru khususnya.hehe..
itu halnya dengan bahasa tidak lagi masuk hal berdepan dengan pelanggan yang cerewat..hehehe... untuk entri seterusnya kita akan bercerita tentang apa itu bidang perniagaan dobi.
Subscribe to:
Comments (Atom)