Friday, 30 October 2015

pengalaman mengajar erti kepayahan

assalamualaikum....

 ini adalah entri pertama saya. mungkin saya bukan siapa-siapa malahan mungkin tiada yang mengenali saya tetapi apa yang saya ingin bicarakan adalah mengenai pengalaman saya sepanjang saya berjinak-jinak dalam bidang perkhidmatan...khususnya perniagaan dobi.




jika berbincang tentang bidang perkhidmatan sememangnya ia sesuatu isu yang menarik. bahagian kaunter adalah bahagian yang paling penting dalam apa jua bidang perniagaan terutamanya bidang yang melibatkan perkhidmatan. 

bagi saya tidak semua orang mampu untuk melayani pelbagai kerenah manusia. alhamdullilah saya termasuk dalam golongan yang mampu bersabar dalam menghadapi pelbagai ragam manusia (sebab dulu pernah kerja kat kedai makan).

 dalam bidang ini saya telah bertemu dengan pelbagai jenis orang yang mana banyak mengajar saya cara untuk berdepan dengan pelanggan.

 jika zaman belajar dahulu saya agak tergagap untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris dan kerana itu saya malu untuk bercakap selain dari bahasa melayu..hehehe.. well rendah diri sangat dan pemalu takut salah...

sekarang saya mampu bercakap dalam bahasa itu dek kerana berdepan dengan pelbagai bangsa yang mana telah memaksa saya untuk tampil berani berkomunikasi dalam bahasa itu ( walaupun kadang-kadang agak sukar untuk memyebut sesetangah perkataan.tapi hemtam sajalah asalakan paham). 

bagi saya ini adalah platfom bagi saya untuk memajukan diri saya dan mempraktikkan skill yang ada pada saya. tambahan pula, rakan kerja saya rata-ratanya adalah warga asing yang mana tidak mampu berbahasa inggeris jadinya hanya sayalah yang akan di"push" untuk berdepan dengan pelanggan yang bermata biru khususnya.hehe..

itu halnya dengan bahasa tidak lagi masuk hal berdepan dengan pelanggan yang cerewat..hehehe... untuk entri seterusnya kita akan bercerita tentang apa itu bidang perniagaan dobi. 




No comments:

Post a Comment