coin wash laundry vs walk in laundry
assalamualaikum'
bahasa omputih tajuk kita hari ini, hehehhekorang boleh beza tak antara dua jenis service kat atas tu???? jangan cakap bezanya cuma perkataan plaknye. skema jawapan itu tidak akan diterima sama sekali walaupon surat menyurat dikirim..hehehe.
ok lets be serious, coin wash laundry adalah dobi layan diri sebenarnya. ni kes orang bujang biasa la pergi sini kan. ada sesetengah dobi layan diri menggunakan token sebagi ganti syiling dan selain nya seperti biasa la akan menggunakan syiling untuk mengerakkan mesin basuh tersebut. ada menguasaha dobi ini menyediakan sabun dan ada yang tidak dimana customer sendiri kena bawa la sabun deme untuk membasuh. biasanya dryer pon ada la cume sediakan syilingnya sahaja. dobi self service ni dah macam cendawan yang tumbuh selepas hujan bak kate pepatah la. rata-rata kat bandar besar dah banyak dobi macam ni. setiap sesuatu itu sudah semestinya ade kekurangan dan kebaikkan. bagi pengusaha lain ceritanya bagi customer pon lain ceritanya. kalau bab kerosakkan memang owner tak tanggung la, semuanya tanggungjawap tuan punyer baju sendiri. kering ke tak kering ke, baju turun kaler ke ,baju tercabut kolar ke, tu semua tanggungjawap pelanggan, owner standy je. tapi kalau bab mesin plak memamg kena selenggara selalu la sebab 24 jam kot beroperasi mesin tu ( ni bagi kes dobi 24 jam la). owner memang kena selalu update la kan. bab pekerja plak kompen2 la owner tak payah nk susah-susah cari kan. just cari orang nk handle machine je incase rosak. sesetengah orang suka basuh sendiri baju diorang so memang tepat la pilihan korang untuk pergi ke kedai dobi jenis ini. tapi jangan la pulak korang tinggalkan baju korang sampai 2 jam.kesian kat orang lain nk guna kan pastu owner tu benggang je.hehehe..
![]() |
| banyak mesin dia |
![]() |
| menunggu dan menunggu |
walk in laundry ni pulak dobi biasa la yang mana korang kena timbang dulu baju tu. kena cakap2 kat kaunter, pastu ade resit bagai la.atau lebih dikenali sebagai dobi tradisional. bagi jenis yang malas nak ambik masa duk menunggu kat mesin basuh memang ini la tempatnye korang nak bersihkan baju2 korang yang dah berjaya dikumpul seminggu tu. harga nya mungkin mahal sikit daripada self service sebab service walk in laundry siap lipat skali. no wonder la mahal pon sebab pakai tenaga manusia kot.sesetengah dobi biasanya akan memberikan ganti rugi incase ade kehilangan or kerosakkan kat baju korang tu. dobi macam ni lebih banyak servicenye sebagai contoh ade aquawash, siap iron, dry cleaning dan macam2 lagi la. special treatment pon ada. bagi yang nak basuhkan benda yang besar seperti comforter ke, langsir ke, tuala besar2 ke biasanya akan hantar kat dobi ni la cume sediakan oncosnya saja. kelebihan hantar kat dobi tradisional ni tak banyak pon sebenarnya its depend on you sebenarnya. bagi yang tak cukup mase atau banyak komitment comfirm you akan pergi dobi tradisional but moderm. bagi yang boleh manage masa banyak je dobi self service yang korang boleh kunjungi.
kesimpulannya, korang buatla macam mana pon asalkan baju korang bersih sudah sebab kebersihan adalah sebahagian daripada iman, take care..
selamat membasuh
sumber gambar: makcik google





No comments:
Post a Comment