Tuesday, 15 December 2015

BERMINAT UNTUK CEBURI BIDANG COIN WASH?? TLP ADA UNTUK MEMBANTU ANDA



ASSALAMUALAIKUM..

hari ni kita ada sedikit info bagi mereka yang berminat dalam bidang perniagaan dobi self services. sekarang ni banyak sangat dobi coins wash , kat mana- mana insyaAllah kita akan jumpa tempat nk basuh baju. kalau nak travel memang senang dah sekarang. bawa sikit je pakaian sebab nanti boleh basuh je cuma kena sediakan extra budget n time jelah. ok kat sini ade sedikit info bagi mereka yang berminat nak ceburi bidang laundry terutamanya coin wash. kalau nak tahu lebih lanjut tentang syarikat ni anda sendiri boleh contact mereka yang dalam senarai kat bawah tu. sedikit sebanyak info tentang mereka ialah mereka terdiri daripada golongan perniaga yang mana berlatarbelakangkan perniagaan laundary.so mereka telah bergabung untuk membantu mana-mana individu yang mahu menjalankan perniagaan dobi tetapi tiada guideline so mereka boleh membantu. apa yang anda perlu lakukan mudah sahaja hanyalah hubungi mereka.

our friendly and helpful TLP ( The Laundry Place) Family from each region are glad to tend to your queries on TLP self service JV Packages.

susun atur mesin cucian


hiasan dalaman lot kedai



give them a call and let them address all your concerns

CENTRAL -KL, SELANGOR, PERAK
Rasydan : 012-2280878
sally: 016-2317608
azman: 011-11951017

SOUTH - JOHOR, MELAKA, N9
zar : 013-7787875
ies : 012-6934074
misah: 017-6683001

NORTH - PENANG & KEDAH
yusof : 013-3006061

EAST- PAHANG, KELANTAN & TGANU
fariena: 012-5797029
mas : 013- 9287983

kalau nak tahu lebih lanjut dan  pakej yang mana bersesuaian dengan budget anda, jangan segan-segan untuk hubungi mereka. 

Friday, 13 November 2015

coin wash laundry vs walk in laundry
assalamualaikum'

bahasa omputih tajuk kita hari ini, hehehhekorang boleh beza tak antara dua jenis service kat atas tu???? jangan cakap bezanya cuma perkataan plaknye. skema jawapan itu tidak akan diterima sama sekali walaupon surat menyurat dikirim..hehehe.


ok lets be serious, coin wash laundry adalah dobi layan diri sebenarnya. ni kes orang bujang biasa la pergi sini kan. ada sesetengah dobi layan diri menggunakan token sebagi ganti syiling dan selain nya seperti biasa la akan menggunakan syiling untuk mengerakkan mesin basuh tersebut. ada menguasaha dobi ini menyediakan sabun dan ada yang tidak dimana customer sendiri kena bawa la sabun deme untuk membasuh. biasanya dryer pon ada la cume sediakan syilingnya sahaja. dobi self service ni dah macam cendawan yang tumbuh selepas hujan bak kate pepatah la. rata-rata kat bandar besar dah banyak dobi macam ni. setiap sesuatu itu sudah semestinya ade kekurangan dan kebaikkan. bagi pengusaha lain ceritanya bagi customer pon lain ceritanya. kalau bab kerosakkan memang owner tak tanggung la, semuanya tanggungjawap tuan punyer baju sendiri. kering ke tak kering ke, baju turun kaler ke ,baju tercabut kolar ke, tu semua tanggungjawap pelanggan, owner standy je. tapi kalau bab mesin plak memamg kena selenggara selalu la sebab 24 jam kot beroperasi mesin tu ( ni bagi kes dobi 24 jam la). owner memang kena selalu update la kan. bab pekerja plak kompen2 la owner tak payah nk susah-susah cari kan. just cari orang nk handle machine je incase rosak. sesetengah orang suka basuh sendiri baju diorang  so memang tepat la pilihan korang untuk pergi ke kedai dobi jenis ini. tapi jangan la pulak korang tinggalkan baju korang sampai 2 jam.kesian kat orang lain nk guna kan pastu owner tu benggang je.hehehe.. 

banyak mesin dia
menunggu dan menunggu

walk in laundry ni pulak dobi biasa la yang mana korang kena timbang dulu  baju tu. kena cakap2 kat kaunter, pastu ade resit bagai la.atau lebih dikenali sebagai dobi tradisional. bagi jenis yang malas nak ambik masa duk menunggu kat mesin basuh memang ini la tempatnye korang nak bersihkan baju2 korang yang dah berjaya dikumpul seminggu tu. harga nya mungkin mahal sikit daripada self service sebab service walk in laundry siap lipat skali. no wonder la mahal pon sebab pakai tenaga manusia kot.sesetengah dobi biasanya akan memberikan ganti rugi incase ade kehilangan or kerosakkan kat baju korang tu. dobi macam ni lebih banyak servicenye sebagai contoh ade aquawash, siap iron, dry cleaning dan macam2 lagi la. special treatment pon ada. bagi yang nak basuhkan benda yang besar seperti comforter ke, langsir ke, tuala besar2 ke biasanya akan hantar kat dobi ni la cume sediakan oncosnya saja. kelebihan hantar kat dobi tradisional ni tak banyak pon sebenarnya its depend on you sebenarnya. bagi yang tak cukup mase atau banyak komitment comfirm you akan pergi dobi tradisional but moderm. bagi yang boleh manage masa banyak je dobi self service yang korang boleh kunjungi.




kesimpulannya, korang buatla macam mana pon asalkan baju korang bersih sudah sebab kebersihan adalah sebahagian daripada iman, take care..
selamat membasuh


sumber gambar: makcik google

tips memutihkan baju yang kuning-kuning ayu


korang ade baju putih?? mesti ade dalam kalangan korang yang suka pakai pakaian warna putih tapi sering ade masalah nak cuci pakaian warna macam ni kan. bila nak pakai baru nampak ala ada tompok kuning2 la..pastu nampak kusam je kaler ni..ape ke hal kan... mai sini akak nk bisik sskit cara2 nak putihkan balik baju kegemaran korang tu


tips 1

pertama-tamanya korang kene la ada besen. kalau tak de kuali pon boleh dik..heheh.gurau je.
lepas tu beli soda bikarbonat ala spesis tepung penaik tu kalau nak buat jemput2 mak2 kita pakai benda ni la.pastu ayo(air) panas. kalau boleh air panas betul-betul tau. kalau suam take time skit.
rendam la "mereka" (baju putih tu la) dalam air tersebut ditemani oleh soda bikarbonat. mesti korang akan tanye nak letak banyak mana kan soda tu. satu lori ckup tak??? kalau 1 lori boleh la untuk 1 lori baju jugak. korang agar-agar la letak tu. jangan la pulak air panas 1 beseb besar soda plak 1 sudu kecik.korang agak2 boleh tak berkalu tindak balas kat situ. rendam dalam setengah jam pon dah ok tapi korang tengok la jugak baju tu macam mana. kalau ase ni kena rendam lagi ni so rendam lagi la jawapnye. trust ur instinst orang kata ( betul ke tak eja tu, abaikan).


tips 2

ni bagi kes baju korang memang pior putih la maksudnye pakaian tu tak ade calit ngan warna-warna lain ye. boleh guna bleach( clorox la senang cakap). nak cepat bertindak macam biasa guna air panas.apa fungsi air panas ni ea??? well air panas bertindak sebagai agen pengembang benang. so senang la nanti bleach tu nak hilangkan uollls punyer gossip ( kotoran) bagai tu. ok???


tips 3

yang ni bagi orang yang malas nak pikir macam mana nak putihkan baju. ni dalam otak masing-masing ni mesti banyak tanda soal la ni macam mana ea nak buat tu.. hehehhehe.. sonang jo kome pergi la laundry berdekatan. pikior nak membayor ajo. hehehe.. well pergi sana nanti dengan membawa pakaian anda tu ye jangan pi saja2 nonong pi ngorat awek jaga kaunter plak. cakap kat deme brapa caj untuk putihkan baju?? biasanya kes2 macam ni kami declare under special treatment. kalau korang mampu bayar boleh je p laundry sonang tak payah pikir mane nak cari besen, ape rupa plak soda bikabornat tu ye. dobi biasanya ade chemical yang boleh putihkan baju dengan cantiknya.

** pesanan ringkas jangan pikir hantar laundry baju korang akan jadi baru, itu salah sama sekali. kami tidak akan membuat baju anda menjadi baru cuma hanya akan mencantikkan lagi baju tersebut. 

selamat mencuba

Monday, 2 November 2015

be number one.

Assalamualaikum

Mesti semua orang berebut kan nak jadi no.1. Kalau ade apa2 pertandingan je aim dia mesti no.1 kan. Tapi korang tahu tak tekanan yang terpaksa kita tempuh untuk dapatkan no jenis 1 tu. Pressure bro. Sampai kita dah tak nilaikan tujuan kita masuk pertandingan tu. Contoh la pelajar sekarang kan belajar bagai nak rak sebab nak dapatkan no 1 tu.. cuba korang search iklan milo tentang no 1. Inti pati iklan tu adalah tentang budak sekolah yang kena pilih no 1 sampai 3
 Kebanyakkan akan pilih no 1 sebab mak dia akan marah kalau dia tak dapat no 1. Sebab lain kalau dapat no 1 mak akan peluk cium. Well itu minded kanak2 sekarang. Sebenarnya tak salah be no.1 ni. Memang terbaik kalau dapat no 1. Cuma jangan la kita valuekan sangat no.1 tu. Sampaikan tak nampak nilai2 murni lain dah. Saya kesian dengan budak2 zaman sekarang. Terlalu banyak persaingan sebab semua orang aim no.1. Kalau zaman saya belajar sekolah rendah la kan tak ade mak paksa2 suruh dapat no 1. Enjoy je zaman tu. Mungkin sebab sekarang terlalu banyak teknologi yang mana bagi saya menyusahkan orang. Sambung balik bab iklan tu, surprisenye ade yang memilih no 2 n no 3. Jwpnnye mudah. Be nmbor 1 is burden for me. Pastu siap ade yang cakap jadi no 2 pon ok jugak. Kesimpulannya jadik la no brapr pon asalkan kita tahu tujuan kita atas dunia ni. Saya tak nak jadi nombor.saya nak jadi orang yang berguna.hehehhe

Saturday, 31 October 2015

Assalamualaikum

Seperti yang dijanjikan..kali ni saya membicarakan khas kepada anda berkenaan dobi dalam bahasa org mata biru "laundry". Ni kalau tanye mesti akan cakap dobi tu basuh baju la kan..kalau tanye apa yang korang kaitan dengan dobi mesti ingat baju,sabun, hanger, dll lagi la yang terlintas.,well semua tu betul tak ada yang salah pon..cumanya nk kobarnye dobi ni sebenarnya dalam bidang perniagaan service. Bukan baju je yg kita basuh carpet, patung beruang korang yang sebesar alam tu, langsir2 yang mahal2 tergantung tu dan lain2 lagi la yang mana korang ase ni tak mampu ni den nk basuh kat umah ni. Pernah tak korang fikir macam mane hotel2, hospital, restoran besar2 basuh kain2 towel, cadar, selimut, dan barangan yang sewaktunya???? Pastu stok diaorang sentiasa ada. Jawpnnya mudah bagi tender la kat kilang dobi.. saya ulang ye kilang dobi. Dobi pon ade kilang cheq.. industri dobi ni sebenarnya adalah industri yang unik. Kalau kat negara barat dobi tu satu industri yang maju. Dobi2 sekarang pon bukan macam zaman dulu kala dah. Sekarang semua dah berteknologi. Salah satunya aquanano. Korang dah tahu serba sikit kan apa itu dobi. Ingat dobi tu bukan pasal basuh baju je tapi dobi adalah klinik basuhan. Selamat berkenalan dengan dunia dobi  P/s : entri kali ni tak da gambaq sebab kami asa nak tulis ja..esoq2 kami letaq gambaq banyak2 noh.

Friday, 30 October 2015

pengalaman mengajar erti kepayahan

assalamualaikum....

 ini adalah entri pertama saya. mungkin saya bukan siapa-siapa malahan mungkin tiada yang mengenali saya tetapi apa yang saya ingin bicarakan adalah mengenai pengalaman saya sepanjang saya berjinak-jinak dalam bidang perkhidmatan...khususnya perniagaan dobi.




jika berbincang tentang bidang perkhidmatan sememangnya ia sesuatu isu yang menarik. bahagian kaunter adalah bahagian yang paling penting dalam apa jua bidang perniagaan terutamanya bidang yang melibatkan perkhidmatan. 

bagi saya tidak semua orang mampu untuk melayani pelbagai kerenah manusia. alhamdullilah saya termasuk dalam golongan yang mampu bersabar dalam menghadapi pelbagai ragam manusia (sebab dulu pernah kerja kat kedai makan).

 dalam bidang ini saya telah bertemu dengan pelbagai jenis orang yang mana banyak mengajar saya cara untuk berdepan dengan pelanggan.

 jika zaman belajar dahulu saya agak tergagap untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris dan kerana itu saya malu untuk bercakap selain dari bahasa melayu..hehehe.. well rendah diri sangat dan pemalu takut salah...

sekarang saya mampu bercakap dalam bahasa itu dek kerana berdepan dengan pelbagai bangsa yang mana telah memaksa saya untuk tampil berani berkomunikasi dalam bahasa itu ( walaupun kadang-kadang agak sukar untuk memyebut sesetangah perkataan.tapi hemtam sajalah asalakan paham). 

bagi saya ini adalah platfom bagi saya untuk memajukan diri saya dan mempraktikkan skill yang ada pada saya. tambahan pula, rakan kerja saya rata-ratanya adalah warga asing yang mana tidak mampu berbahasa inggeris jadinya hanya sayalah yang akan di"push" untuk berdepan dengan pelanggan yang bermata biru khususnya.hehe..

itu halnya dengan bahasa tidak lagi masuk hal berdepan dengan pelanggan yang cerewat..hehehe... untuk entri seterusnya kita akan bercerita tentang apa itu bidang perniagaan dobi.